May 22, 2012

Alhamdulillah Aku Bersyukur

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualikum w.b.t..

Rsenye telah lama blog ini bersarang.. Entah, mgkin minat utk menulis blog ini kurang sedikit.

Terasa di saat ini, diri ini ingin berkongsi kisah suka dan duka di CFS IIUM. Waah, alhamdulillah.. Pada 11 mei 2012, tertulis sudah bahwa hari tersebut merupakan hari terakhir bagi diriku berada di cfs sebagai seorang student asasi..

Macam2 perasaan yang mula timbul di saat ingin meninggalkan bumi tercinta ini, ada perasaan SEDIH + RINDU + SAYANG = ???... Hehe..
Mungkin saya dapat merasakan banyak perkara yang telah saya pelajari di CFS..
Terasa sangat takut apabila diri ini nak tinggalkan CFS, takut- takut diri ini tidak kuat untuk mentarbiah diri ke arah yang lebih baik.

Allah s.w.t. sangat BIJAK dalam mengatur urusan hamba- hambaNya. Aku bersyukur ya Allah. Walaupun satu ketika dahulu diri ini gagal untuk interview kemasukan ke Darul Qur'an untuk program persijilan, tapi Allah telah menggantikan sahabat2 dari DQ yang telah banyak mengajar diri ini untuk berUKHUWWAH kerana Allah.. Walaupun Allah takdirkan diri ini tidak mempunyai kakak kandung, tetapi aku sangat2 bersyukur kerana Allah telah menghadirkan kakak2 yang sangat BAEKK ( Kak Aini, kak bie, kak masyi, kak farah, kak najihah, kak daleela, kak maisarah, kak intan, kak huda, kak mawaddah) dalam hidupku.

Mungkin di saat itu, aku berasa sangat sedih, yelah, kan gagal utk interview, masih teringat lagi time tasmik dalam interview tu, walaupun saya mampu untuk tasmik bacaan satu muka surat tu, tapi disebabbkan oleh 2 ayat yg last tu dh tergagap sedikit (hehe.. Nervous2), mgkin itu merupakan faktor yang menyebabkan saya GAGAL. Dalam ramai2 yang interview tuh, last2 2 org shaje dri SHAMS yang layak utk mngikuti program persijilan.. Dua orang tuh, semuanya lelaki. Sedih jg, x ad seorang pn wakil perempuan kn?? X pe, itu semua telah tertulis..

SEDIH + KECEWA itu pasti ada. Tapi Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya, mungkin Allah tahu bahawa diri ini tidak mampu untuk mengikuti program tersebut. Bak kata BABA, "wa kan ada ramai kawan2, kakak2, dari DQ, mgkin wa bleh ikut hafal sedikit2 dlu. Yang penting cuba hafal surah2 pilihan dlu, pahtu jangan lupe ngulang!!" haah, mgkin Allah mahukan diri ini supaya lebih menghayati ayat2 Allah. Alhamdulillah aku bersyukur..

Apa yang saya dapat rasakan apabila berkawan dgn HAFIZAH nie, sgt lain.. Terasa seperti ada bonding yang lain wujud antara kami. Sebagai cntohnya, ketika di sekolah dlu, bonding itu wujud apabila berkawan dgn ( nik nor haramaini, solihah, dan hafizah).. Terasa seperti aku berkawan dan bersahabat dgn mereka kerana Allah.. Terasa sangat tenang apabila bersama mereka.

Sekarang pulak, apabila bersahabat dgn kakak2 DQ, perasaan yang same itu timbul jg.. Alhamdulillah.. Tapi, sebenarnya, apabila kita berkawan dgn org2 yang dekat dengan Allah, kita turut merasakan biasnya.. Tidak semestinya dia seorang hafizah atau tak, yang penting orang yang dekat dengan Allah. Teori ini terbukti apabila saya berukhuwwah dengan sahabat- sahabat yang lain, bkan hafizah, yang turut mempunyai bonding yang same.. Jeng..jeng.. Mereka ialah, khairun nabilah, tasnim, syakila, fatimah, fatin aqilah, nadhirah abdullah, suhaili, dan ramai lagi.. Alhamdulillah..

Aku bersyukur ya Allah, di bumi ini, aku mengenal apa itu tujuan hidup yang sebenar, iaitu menjadi hamba Allah & memakmurkan muka bumi ini. Mgkin di sekolah dlu perasaan ini telah wujud, terasa sangat dekat dgn tujuan hidup itu, tetapi di CFS la tempat yang mane saya dapat menghayatinya dengan sebaik mungkin. Keyakinan terhadapNya semakin bertambah. Alhamdulillah.

Dan sejak akhir2 ini, aku seolah-olah telah nampak jaln yang sebenarnya yang harus aku lalui melalui ayat-ayat Allah dari surah At-Taubah, Al-Anfal & Al-A'araf. Setelah sekian lame peristiwa itu berlaku, baru sekarang aku mula memahami sedikit mengapa peristiwa itu berlaku, mengikut apa yang pak sedara saya nasihatkan, cuba fahami & selami betul2 ayat2 tersebut, yang mane mgkin Allah nak bagi peringatan atau panduan kepada hidup wa, keluarga dan masyarakat sekeliling.. Tetapi masih banyak lagi perkara yang saya belum faham sepenuhnya dari ayat2 tersebut,yelah, sebab kita bukanlah seorang pentafsir Al-Qur'an, tetapi sekurang- kurangnys kita bertadabbur dengan ayat2 tersebut.

Ya Allah, aku bermohon kepadaMu, moga2 ayat2 itu mampu memberi semangat dan menguatkanku untuk terus berada di jalan yang benar.. Ameen..

Terima kasih sahabatku, sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah. InsyaAllah..