Jun 27, 2012

~Seminggu Yang Penuh Erti~

Bismillahirrahmanirrahim..

Asslamualaikum w.r.t..

kaifa haalukum jami'an? Serentak mereka semua menjawab, " Alhamdulillah, nahnu bikhoir." Waah.. dimanakah slogan ini dilaungkan?? hehe.. Inilah permulaan slogan yg mula-mula dilaungkan oleh saya sewaktu menjadi fasi/ committee utk INDUCTION FRC 2012 pada 15, 16 & 17 Jun di Ismah Beach Resort, Melaka.

Alhamdulillah diri ini diamanahkan untuk berada di dalam unit fasilitator untuk INDUCTION FRC tersebut bersama-sama rakan2 seperjuangan yang lain, kak Aini & ketua Fasi bgi unit kmi, tak lain dan x bukan saudara abdul halim, "big boss" katekan..

Sebenarnya apabila kami, unit fasi, diamanahkan untuk handle 1st modul, iaitu 'Ice breaking', saya sebenarnya agak cuak jugak, nervous,

emm.. kettorr rase.. Emm.. mgkin sbb dh lme x handle program2 mcm ni.. last jdi akak fasi pn mse pegi ke Perlis, untuk program motivasi di SMK Dato' Syed Ahmad..

Jaadii untuk hilangkan nervous tuh, apa lagi laungkanlah slogan tuh supaya kita sama-sama dapat merasakan aura atau semangat dari peserta-peserta induction tersebut..

Subhanallah, memang azimat la kalam2 tersebut.. Nervous, malu, cuak semua telah dibuang, yang tinggal hanya semangat & keazaman untuk teruskan program.. Alhamdulillah..

Haah. sebelum pergi lebih jauh.. Saya nak bercerita sedikit la tentang program ini. INDUCTION FRC ini diadakan adalah untuk memberi gambaran awal kepada adik2 yang bakal memegang line up FRC yang akan datang tentang apa yang perlu dilakukan oleh mereka, cabaran-cabaran yang bakal mereka hadapi & melatih skill2 kepimpinan dalam diri mereka..

Sebelum ini, kami yang telah bergelar mantan ini, tak tahu apa2 pun apa yang kami perlu buat sebenarnya.. Yang kami tahu, just dapat amanah tersebut..

Tahu yang macam mane sekalipun, kami kene jalankan juga amanah yang diberikan.. Jadi mulalah kami mengatur langkah untuk mengembara sendiri haluan ke jalan yang lurus diketuai oleh:

1- presiden yang berlagak sebagai pencari jalan,
2- vice president, yang menasihati presiden jika tersalah (the offender),
3- diikuti dengan SU,pelukis peta (The Mapper) &
4- bendahari, berlagak sebagai (The Merchant), yang mane, dia perlu mencari duit untuk kami semua..

Waah, hebatkan kisah 4 pengembara FRC ni kan.. kami yang lain mengikut yang di atas..

jadi, kami kami ini tidak mahu, kepimpinan yang baru mewarisi masalah sama yang kami hadapi dahulu, So, tadaa.. idea ini tercetus supaya mereka faham akan tugas masing2 dan tahu tentang cabaran2 yang akan mereka hadapi nanti..

Orait, berbalik semula kepada cerita yang asal: Siapakah gerangan2 fasi2 yang terlibat bagi INDUCTION FRC ini??

Mereka2 ialah:

Unit Ibadah & Kerohanian
Akhi Shafik Shahidan (mantan presiden FRC sesi 2010/11)
Ukhti Masyitoh Nordin (Faci)
Ukhti Maryam Rufaidah (faci)

Unit Disiplin
Akhi Muhammad Fadhil (mantan committee FRC 2011/12)

Unit Fasilitator
Akhi Abdul Halim ( mantan presiden FRC 2011/12)- selaku ketua fasi
Ukhti Nurul Aini (mantan bendahari FRC 2011/12)
Ukhti Aiman Najwa (mantan committee FRC 2011/12) -SAYA-

Unit Catering
Ukhti Khairun nabilah (mantan comittee FRC 2011/12)

Sepanjang perjalanan program, alhamdulillah, tahniah dan SYABAS diucapkan kepada peserta-peserta induction FRC. Mereka semua memang mantop2 dan mempunyai idea2 yang sangat2 superb.

Kesungguhan dan kecekalan mereka dapat dilihat.. alhamdulillah..

Semoga semangat ini akan terus berpanjangan tanpa ada titik noktah.. Diharapkan agar semangat ini bukan hanya dapat dilihat sepanjang program sahaja, tetapi apa yang lebih awla ialah semasa/ sepanjang kita memegang amanah tersebut, semangat ini harus dikekalkan.

Terus bangkit jika rebah. Ayuh du'at2 sekalian, janganlah kita mudah kecewa atau berputus asa.Sesungguhnya usaha ini harus diteruskan.

Dan yang paling penting, semaikan semangat ini walau di mana jua kita berada, walaupun suatu hari nanti, kita bukan siapa2,

tetapi ingatlah kita masih lagi hamba Allah, khalifah Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk memakmurkan muka bumi ini.

Setiap orang daripada kita adalah da'ie. Kita mengajak rakan2 kita, saudara2 kita, ahli keluarga kita ke arah kebaikan, bukankah kita ini digelar sebagai da'ie? Fikir2kanlah.

Alhamdulillah, sepanjang seminggu saya bermusafir bersama rakan2 yang lain, banyak ibrah yang dapat kami ambil:

Antaranya,yang paling bermakna bagi saya, saya dapat belajar tentang keyakinan kita terhadap Allah s.w.t.

selain itu, niat kita dalam melakukan kerja2 seperti ini. Semuanya perlu disandarkan dengan Allah.

Sbgai cth:
Klau kita nak main bola beracun sekalipun, kita harus fokus & niatkan bahawa Allah akan tolong kita. Dan insyaAllah Allah akan tolong kita utk memenangi game tersebut. ^__^

Firman Allah S.W.T. :

"Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?

(Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui."

(Surah As-Saff: 10-11)

~Hidup ini adalah suatu PERDAGANGAN, yang mane harus dibeli dgn keimanan kpd Allah & RasulNya dan berjihad di jalan Allah untuk mendapatkan keselamatan dari azab yang pedih~

jadi, marilah kita sama2 terus menyumbang untuk islam supaya kita sama-sama mendapat redhaNya.. ameen..


Barisan peserta-peserta INDUCTION FRC!!

Dan Alhamdulillah, rezeki yang Allah kurniakan kepada kami x pernah putus, terima kasih diucapkan kepada ukhti/kak Husna yang sudi menjemput kami untuk makan nasi arab free!! Alhamdulillah..

Di saat itu, saya dapt belajar sesuatu yang sangat bermakna:

Apabila kejadian beg2 akhowat kita yang tertinggal di dalam teksi, Allah sedang menguji kami semua sebentar,

sejauh mana tahap ukhuwwah kami, sejauh mana keyakinan kami terhadap Allah..

Saya sendiri dapat merasakannya..

ya Allah, sangat sekejap peluang yang diberikan olehMu kepadaku untuk bersama-sama orang2 tersebut..

Tetapi walau bagaimana sekalipun, aku tetap bersyukur kerana diberikan peluang ini untuk berjumpa & berkenal-kenaln dengan mereka..

Terima kasih Ya Allah..


Di kedai Nasi Arab.. Yummm... Yummm...

Keesokan harinya, saya, kak aini, & nabilah masih berada di CFS. tengok nabilah, betapa beratnya hati dia untuk meninggalkan kami, rancangannya untuk pulang ke rumah terpaksa ditangguhkan beberapa kali.Sungguh terharu..

Pada hari tersebut, saya, Kak Aini & Nabilah, dibawa keluar oleh Ustaz nazri. Alhamdulillah, ustaz nak belanja kami makan nasi kandar..

Alhamdulillah..Rezeki Allah sangat laus!! Terima Kasih Ustaz!!

Malamnya pula, saya dan kak aini, pulang ke rumah ustazah fanizar..

Waah, memang best sangat2 berada di rumah ustazah.. Sebelum pulang ke rumah, kami singgah sekejap di rumah kedua ustazah,( Mid Valley).. Beli barang2 untuk buat Cheese Cake..

Alhamdulillah, sangat seronok dapat belajar buat Cheese Cake dengan Ustazah.. Ngee..

Cheese Cake tu air tangan K aini & saya tuh.. Esoknya, kami menjamu semua staff2 di LTD dgn Cheese Cake yg kami buat itu.. Sangat2 seronok..


Cheesecake hsil kerja kami!! jeng. Jeng..

Tapi, perasaan sedih & sayu, mula terasa, apabila bersalaman & berpelukan dgn mdm Rohani, ustzh sharifah, ustzh adilah, kak seha, ustzh azlina & ustzh fanizar.. Apabila berjumpa dgn ustz Azhar, Ustz nazri, ustz syarif & Bro Izdihar, perasaan yang same turut terasa. Smoga mereka diberikan kesihatan untuk meneruskan perjuangan di muka bumi CFS.Ameen..

Hari itu, saya & kak aini membantu ustazah untuk membuat panggilan kepada fasi2 yang bakal diinterview. Sangat gembira dapt membantu mereka semua..

Malm itu, berakhir sudah episod diriku sebagai musafir kerana saya akan bertolak pulang ke terengganu.

Hati ini sangat pedih di saat ingin berpisah dengan kak Aini.. Diri ini hanya mampu menahan sahaja, sebak di dada memang terasa, tetapi apakan daya, saya harus tabah.

Lebih2 lagi, saya tak mahu ustazah melihat kami menangis. Biarlah perpisahan itu berakhir dengan penuh senyuman.

K aini, don't worry, nanti kite bleh jumpe lagi di kuantan..

InsyaAllah, dengan izinNya.. Ameen..